BH July 28: Tindakan tegas jika bangkit isu sensitif agama
Tindakan tegas jika bangkit isu sensitif agama
揝aya mengeluarkan kenyataan supaya kita sama-sama memahami kalau kita mainkan isu sensitif agama, ia akan membawa kepada sesuatu yang tidak diingini,?katanya selepas melancarkan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, semalam.
Perdana Menteri menjelaskan, keputusan Kabinet kelmarin, yang melarang media massa menyiarkan laporan mengenai isu berkenaan bertujuan memelihara keamanan dan memastikan ekonomi negara terus berkembang berasaskan kestabilan politik.
Ditanya apakah tindakan tegas itu bermaksud kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abdullah berkata: 揂pa jenis tindakannya, Wallahualam. Saya yakin rakyat memahaminya.?
Mengenai cadangan Kumpulan Artikel 11 yang dianggotai 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Majlis Peguam Malaysia untuk menemuinya, Abdullah berkata, beliau perlu meneliti waktu yang sesuai.
Kumpulan Artikel 11 sebelum ini menganjurkan beberapa forum berkenaan bagi mendapatkan sokongan meminda Artikel 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak kebebasan beragama.
Tindakan kumpulan itu dibantah Pertubuhan Pembela Islam yang disertai pelbagai NGO seperti Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Peguam Pembela Islam yang turut menganjurkan forum khusus termasuk di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Ahad lalu.
Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Selasa lalu, Abdullah mahu Kumpulan Artikel 11 menghentikan serta-merta penganjuran Forum Kebebasan Beragama kerana ia sensitif terhadap perpaduan masyarakat pelbagai agama dan kaum.
Abdullah dilaporkan berkata, forum itu tidak perlu diteruskan kerana implikasi negatifnya terhadap masyarakat yang menganut pelbagai agama dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Mengenai tindakan Israel membunuh empat anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam serangan di selatan Lubnan Selasa lalu, Perdana Menteri berkata, kejadian itu sebagai menyakitkan hati.
揝aya amat kesal dengan atas apa yang berlaku. Keghairahan Israel mengebom, macam tidak nampak lagi kumpulan pengaman PBB. Mungkin mereka tahu tetapi tetap membedil ke arah itu, saya tidak tahu. Ini amat menyakitkan hati kita,?katanya.
