My Miscellaneous Page

July 20, 2006

Utusan July 18: Modul Hubungan Etnik diteruskan

Modul Hubungan Etnik diteruskan

KUALA LUMPUR 18 Julai – Modul pengajaran Hubungan Etnik yang kini diguna pakai di Universiti Putra Malaysia (UPM) tetap diteruskan walaupun beberapa Ahli Parlimen pembangkang membantah penggunaan modul itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, soal penarikan balik modul pengajaran itu tidak berbangkit kerana modul itu hanya diguna sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran bertaraf nota kuliah.

Menurut beliau, modul sebenar kursus Hubungan Etnik itu akan diterbitkan setelah mendapat kelulusan kementeriannya yang dijangka dalam masa tiga bulan lagi.

‘‘Saya mengakui ada sedikit kesilapan dalam modul pengajaran setebal 120 muka itu, bagaimanapun secara keseluruhan ia (modul) sesuai digunakan.

‘‘Kesilapan ini tidak akan menjejaskan keseluruhan kandungan modul itu dan ia (modul) akan diperbetulkan dengan segera,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu beberapa Ahli Parlimen pembangkang membantah penggunaan modul pengajaran itu yang mendakwa bahawa fakta yang terkandung di dalam modul tersebut tidak benar.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mendakwa kandungan subjek Hubungan Etnik itu sebagai berat sebelah.

Kursus Hubungan Etnik digunakan sebagai modul pembelajaran di semua institut pengajian tinggi awam sebagai kursus wajib pada Sesi 2006/2007.

Kata Mustapa, modul tersebut mengandungi fakta sejarah yang tidak boleh diubah.

‘‘Peristiwa 13 Mei, Kampung Medan dan Dong Jiao Zong semua sudah berlalu. Sejarahnya sudah tercatat. Fakta sejarah tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Comments

The URI to TrackBack this entry is: http://miscpage.blogsome.com/2006/07/20/utusan-july-18-modul-hubungan-etnik-diteruskan/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Sorry, the comment form is closed at this time.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Jay of onefinejay.com