BH July 13: Maklumat buku khas jawab kritikan
Maklumat buku khas jawab kritikan
"Kita mahu rakyat tahu mengapa kerajaan mengambil sesuatu keputusan," katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
Sebelum ini, Kabinet memutuskan untuk menerbitkan buku khas bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pelbagai isu yang dibangkitkan Dr Mahathir.
Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin dan Effendi ditugaskan mengumpulkan maklumat dan input penerbitan buku itu.
Buku yang akan diedarkan percuma sama seperti penerbitan yang menerangkan sebab kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel sebelum ini.
Effendi berkata, jawatankuasa khas Kabinet memastikan semua maklumat dan fakta dalam buku itu tepat serta dapat menghurai semua persoalan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, ketika dihubungi berkata sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai beberapa menteri ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan memberi penjelasan dalam buku khas itu.
